
Roselle dikenal pasti sebagai tanaman industri yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi sumber ekonomi sama ada untuk melahirkan usahawan dan juga menyelamatkan tanah-tanah terbiar. Jabatan Pertanian Daerah Marang, Telah telah mengenal pasti potensi itu dan kini merancang untuk memulih kawasan seluas 10 Ekar di Kg.Merchang, Marang untuk dimajukan dengan tanaman tersebut.
En.Ismail berkata. “Saya tertarik dengan khasiat vitamin C yang tinggi dalam roselle selain tidak ada penguasa yang terbabit dalam pemerosesan di Marang,” ujarnya. Justeru, dia menggalas cabaran tersebut
Fakta ringkas roselle
● Nama saintifik: Hibiscus sabdariffa L.
● Jolokan : SekuntumRoselle Sejuta Khasiat
● Khasiat: Kaliks buah mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding blackcurrant, sembilan kali ganda berbanding citrus dan tiga kali ganda berbanding anggur.
● Mengandungi vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan B2 kompleks serta zat mineral seperti kalsium dan fosforus.
● Boleh dimanfaatkan dalam industri makanan dan minuman dengan penghasilan halwa, acar dan kordial dan jus selain industri kosmetik, barangan mandian dan wangian, farmaseutikal dan industri biomas seperti ternakan, gentian dan kertas.
●Sehingga kini terdapat 14 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa negeri yang berkecimpung menghasilkan produk proses daripada roselle
● Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggerakkan Majlis Industri Roselle Malaysia, (MIR) dipengerusikan Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian bagi melaksanakan Pelan Strategik Industri Roselle Negara pada 2002.
● Ia disertai oleh pengeluar, pengilang, pemasar dan penyelidik berkaitan roselle terdiri daripada 10 buah universiti agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti SIRIM Berhad, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Agensi Nuklear Malaysia,Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan profesional daripada MOA Inc.
● Tanaman roselle adalah antara yang tersenarai dalam kumpulan produk baru dan industri masa hadapan dan diterima untuk dibangunkan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
●Malaysia memiliki roselle yang terbaik di dunia.
● Satu dunia sudah mengetahui pokok roselle tetapi dikenali dengan pelbagai nama iaitu karkade di Afrika, hibiscus atau roselle (Eropah) dan florida cranberry di Amerika Syarikat.
Objektif projek penanaman roselle di Marang
● Membangunkan tanah-tanah terbiar kepada satu projek pertanian bersepadu bagi mendatangkan pulangan hasil tinggi dan menguntungkan.
● Meningkatkan pengeluaran bahan tanaman berasaskan pemerosesan makanan untuk memenuhi permintaan semasa.
● Meningkatkan bekalan bahan mentah kepada industri pembuatan negara
● Mewujudkan satu kawasan yang boleh dijadikan lokasi strategik pelancongan tani di Bentong.
● Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar di samping menjana ekonomi kawasan setempat.
Fasa pembangunan projek roselle Bentong
● Seluas (10 ekar) telah ditanam dengan 25,000 pokok.
● Hasil 10 tan yang mana lima tan dijual secara segar dan bakinya diproses.
● Lima tan yang diproses dijadikan
– kordial sebanyak 7,500 botol
– acar roselle sebanyak 1,000 botol
– halwa sebanyak 2,000 botol
● Pendapatan kasar sebanyak RM75,000.
● Pendapatan bersih RM15,000.
● Modal sebanyak RM55,000 termasuk peralatan dan mesin dan RM5,000 untuk penyenggaraan.
● Promosi dijalankan di sekolah, aktiviti atau program gotong-royong, sukaneka dan kebajikan


